Dalam Surah Al Baqarah (ayat : 183), Allah menyatakan bahawa Puasa bertujuan untuk membentuk dan membina insan-insan yang lebih bertaqwa. Apakah kelebihan insan-insan yang bertaqwa ini? Kalau kita mengkaji ayat-ayat Al Quran, kita dapat memahami betapa banyaknya kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Antaranya:
1. Allah menjamin Rezeki yang murah dari pelbagai sumber yang tidak disangka.
2. Allah memberikan jalan-jalan keluar (penyelesaian) kepada pelbagai masalah
3. Allah meningkatkan darjat kemuliaan manusia yang bertaqwa
4. Allah memasukkan orang yang bertaqwa dalam syurga dan menjauhkannya dari Api neraka
5. Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, khususnya dengan meningkatkan iman dan amal kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Thursday, July 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment