Sunday, March 30, 2008
Mana Satu Jari Anda?
Semalam saya mengikuti satu kuliah yang disampaikan oleh seorang Ulamak. Dalam kuliah tersebut beliau menekankan peri pentingnya kita memahami dan menghormati setiap orang. Jangan kita memperlekehkan atau merendahkan orang lain dan meninggikan diri kita sahaja atas alasan kita lebih baik dari orang yang lain. Beliau memberikan analogi jari-jari kita yang lima bagi satu tangan...setiap jari (walau pun nama dan saiznya berbeza-beza) mempunyai peranan tersendiri yang penting..tetapi apabila semua lima jari ini bersama-sama digunakan boleh memberikan manfaat begitu besar kepada manusia semuanya...jadi, sama ada anda adalah jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk, atau ibu jari , anda semua adalah penting..dan jika anda bersama-sama dengan orang lain..anda mampu melakukan yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment